Nina's Pretty Reminiscences

Whenever I glance back at the life that I've lived, each and every moment seems so sweet and beautiful and the entire memory makes up these unforgettable Pretty Reminiscences including those simple, normal and even sometimes painful journeys that I once went through...

Friday, April 28, 2006

Sesekali dia berpuisi... aduh asyiknya!



Baby Nina,

Terimalah sebuah sajak sempoi nukilan suamimu sempena Hari Ulangtahun Pertama perkahwinan kita. Sepatutnya bagi masa hari tu, tapi dah tak sabar nak hantar. Maaf dipinta andai tidak sesuai dengan selera ataupun standard Kesusasteraan Melayu sayang...

Love,
Darling Zack.

Di Anniversari Ini
(khas untuk isteri dan kekasihku Nina Norfaizah)

Di anniversari ini
Terpaku aku
Menoleh kebelakang
Memori merenggut hati
Indah, manis
Seawal mula pertemuan
Saling ubati kepiluan
Aku yang terpesona
Lantaran budi bahasa
Sifat manja
Menggoda sukma

Kala itu
Aku yang hampir karam
Lemas tenggelam
Menggapai lemah
Terpaut lesu tanganmu
Hangat jemarimu menggenggam
Lalu
Terdetik satu perasaan
Teranyam satu harapan
Terbina satu impian
Lantas
Berenang kita sehaluan
Menongkah arus
Meredah ombak
Tak hirau
Hujan panas melampias
Dingin laut membeku
Kelam malam berbalam
Seakan menyindir, sinis
Dua insan yang rawan
Dua jiwa yang derita
Dua hati yang serasi
Cuba saling mengubati
Kelmarin yang duka

Biarkan sahaja
Kuyakini
Apapun jua
Aku atau kau
Tetap kita pastinya…

Kini
Di anniversari ini
Terpaku aku
Merenung ke hadapan
Samudera tidak lagi gelora
Bayu bertiup santai
Pepohon nyiur liuk gemalai
Kelmarin nan pilu
Biarkan berlalu
Kuyakini
Apapun jua
Esok atau lusa
Sang mentari
Tetap bersinar pastinya…


Zaim Al-Amin
20 April, 2006
Menjelang Anniversari Pertama Zacknina (20 Mei, 2006)

Tuesday, April 18, 2006

Cool Piccadilly Reunion Soft Launch or, Mat/Minah Diskang transformed

Last Friday, I went to Piccad’s Soft Launch/Reunion Roadshow with Zack. We came about 10pm and have been warmly greeted by Hasnul personally (Zack says, Hasnul Piccad is a Living Legend. Indeed!). The party was well prepared but due to heavy rain that poured earlier that evening, the crowd was ‘sejuk’, not many manage to turn up. But fortunately, my all time favourite singer Zainal Abidin with his meaningful speech saved the ‘cold’ event and he makes it even special when he sang 2 hot numbers! (still humming lagu Kau Di Hati Ku)

I throw a big laugh when Abang Zainal (ehem.. abang la.. coz he is much older than me maa..!!) urges Piccadillian to try to become a group organizing a good cause events in future such as a visits to Orphanage House etc. Ha ha.. He was joking.. Eh, he’s not! He says it with serious note and expression. Immediately, I nodded hard (macam ada spring) coz it makes me think that alangkah bagus cadangan-cadangan itu (ceh.. biasa la.. kalau celebrity yang suggest tu.. rasa macam patut give a tot je.. heheh..).

Hey come on guys! Those are the things that can make other people see we are not just know how to shake our a** on the dance floor but also will shake it to clean rumah orang-orang tua, kan?!.. Show them that we can transformed from Mat/Minah Diskang (The Rebellious) to Mat/Minah Komuniti (hehehe..sekadar contoh). Show them, we are good citizens. Show them we are cool in our own way!

For a start, we can join Kiran & Khairil (ERA Radio) on their coming event that is Cuci Kandang Hyppo at Zoo Negara, perhaps? ;-)

Monday, April 03, 2006


Sabtu lalu aku sungguh gembira
Bertemu keluarga, terutama emak dan abah
Alhamdulillah semua sihat, cuma Mak
Semalam, kala aku bersiap untuk berpamit pulang ke KL
Muka Mak keruh.. Tak sihat katanya
Aku jadi gusar..

Pagi tadi, aku bangun tika Abah berleter
Minta kami tolong mak didapur
menyiapkan juadah untuk jualan
buat mengisi kantong

Kasihan Mak
Kasihan Abah
Mana simpati anak
yang duduk dekat dengannya
tak rasa perlu ada simpati

Anak sembilan dijaga sehingga dewasa
sembilan anak tak lagi sempurna menjaga mereka
malah masih ada lagi menagih bantuan
masih lagi minta emak dan abah itu dan ini
kita yang patut beri mereka duit dan kasih
bukan sebaliknya

Aku mahu marah
tapi tak tahu pada siapa
mungkin pada diri sendiri
yang masih lagi gagal jadi anak
masih lagi tidak dapat berbakti
pada kedua mereka
sedang di wajah dan tubuh mereka
jelas tertera kedut tuanya
aku jadi sedih
berdoa moga Allah
memberikan aku kesempatan untuk dapat berbakti
pada keduanya..

Mak, Abah
Ampunkanlah aku dan Redhakanlah segala
perbuatan, pinjaman atau perkataan dariku
yang secara sengaja atau tidak menyakiti
hati tuamu itu

Pada akhir hayatku ini
tiada lain yang inginkan
selain dari menjadi anak
dan isteri yang berbakti

Mak & Abah
Halalkan lah segala
makan minumku
Halalkanlah segala hutan piutang ku..

Moga Allah memberi rahmat kepada
Mak dan Abah