Nina's Pretty Reminiscences

Whenever I glance back at the life that I've lived, each and every moment seems so sweet and beautiful and the entire memory makes up these unforgettable Pretty Reminiscences including those simple, normal and even sometimes painful journeys that I once went through...

Friday, April 28, 2006

Sesekali dia berpuisi... aduh asyiknya!



Baby Nina,

Terimalah sebuah sajak sempoi nukilan suamimu sempena Hari Ulangtahun Pertama perkahwinan kita. Sepatutnya bagi masa hari tu, tapi dah tak sabar nak hantar. Maaf dipinta andai tidak sesuai dengan selera ataupun standard Kesusasteraan Melayu sayang...

Love,
Darling Zack.

Di Anniversari Ini
(khas untuk isteri dan kekasihku Nina Norfaizah)

Di anniversari ini
Terpaku aku
Menoleh kebelakang
Memori merenggut hati
Indah, manis
Seawal mula pertemuan
Saling ubati kepiluan
Aku yang terpesona
Lantaran budi bahasa
Sifat manja
Menggoda sukma

Kala itu
Aku yang hampir karam
Lemas tenggelam
Menggapai lemah
Terpaut lesu tanganmu
Hangat jemarimu menggenggam
Lalu
Terdetik satu perasaan
Teranyam satu harapan
Terbina satu impian
Lantas
Berenang kita sehaluan
Menongkah arus
Meredah ombak
Tak hirau
Hujan panas melampias
Dingin laut membeku
Kelam malam berbalam
Seakan menyindir, sinis
Dua insan yang rawan
Dua jiwa yang derita
Dua hati yang serasi
Cuba saling mengubati
Kelmarin yang duka

Biarkan sahaja
Kuyakini
Apapun jua
Aku atau kau
Tetap kita pastinya…

Kini
Di anniversari ini
Terpaku aku
Merenung ke hadapan
Samudera tidak lagi gelora
Bayu bertiup santai
Pepohon nyiur liuk gemalai
Kelmarin nan pilu
Biarkan berlalu
Kuyakini
Apapun jua
Esok atau lusa
Sang mentari
Tetap bersinar pastinya…


Zaim Al-Amin
20 April, 2006
Menjelang Anniversari Pertama Zacknina (20 Mei, 2006)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home