Nina's Pretty Reminiscences

Whenever I glance back at the life that I've lived, each and every moment seems so sweet and beautiful and the entire memory makes up these unforgettable Pretty Reminiscences including those simple, normal and even sometimes painful journeys that I once went through...

Monday, April 03, 2006


Sabtu lalu aku sungguh gembira
Bertemu keluarga, terutama emak dan abah
Alhamdulillah semua sihat, cuma Mak
Semalam, kala aku bersiap untuk berpamit pulang ke KL
Muka Mak keruh.. Tak sihat katanya
Aku jadi gusar..

Pagi tadi, aku bangun tika Abah berleter
Minta kami tolong mak didapur
menyiapkan juadah untuk jualan
buat mengisi kantong

Kasihan Mak
Kasihan Abah
Mana simpati anak
yang duduk dekat dengannya
tak rasa perlu ada simpati

Anak sembilan dijaga sehingga dewasa
sembilan anak tak lagi sempurna menjaga mereka
malah masih ada lagi menagih bantuan
masih lagi minta emak dan abah itu dan ini
kita yang patut beri mereka duit dan kasih
bukan sebaliknya

Aku mahu marah
tapi tak tahu pada siapa
mungkin pada diri sendiri
yang masih lagi gagal jadi anak
masih lagi tidak dapat berbakti
pada kedua mereka
sedang di wajah dan tubuh mereka
jelas tertera kedut tuanya
aku jadi sedih
berdoa moga Allah
memberikan aku kesempatan untuk dapat berbakti
pada keduanya..

Mak, Abah
Ampunkanlah aku dan Redhakanlah segala
perbuatan, pinjaman atau perkataan dariku
yang secara sengaja atau tidak menyakiti
hati tuamu itu

Pada akhir hayatku ini
tiada lain yang inginkan
selain dari menjadi anak
dan isteri yang berbakti

Mak & Abah
Halalkan lah segala
makan minumku
Halalkanlah segala hutan piutang ku..

Moga Allah memberi rahmat kepada
Mak dan Abah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home