Nina's Pretty Reminiscences

Whenever I glance back at the life that I've lived, each and every moment seems so sweet and beautiful and the entire memory makes up these unforgettable Pretty Reminiscences including those simple, normal and even sometimes painful journeys that I once went through...

Sunday, November 20, 2005

1426 Syawal Yang Pilu

15 November 2005 - 3.40ptg

Perjalan ini sungguh sunyi.. sesekali terdengar esakan disebelahku.

"Abang OK ke? biar Na bawa kereta boleh?" aku sebenarnya risau dengan keadaannya.

"I'm OK" perlahan suaranya. Sunyi lagi. Hanya Allah yang tahu bicara yang ada dalam dadanya.

Ku toleh wajah sayu disisiku ini lagi. Lama kutenung wajah itu. Kualih pandangan ke dada langit. Awan berkepul-kepul indah disirami cahaya mentari. Fikiran ku tiba-tiba tak menentu, tak tenteram. Kini giliran aku pula teresak-esak. Merengoi hingga terhinggut-hinggut. Terasa tangannya mengusap lembut bahu ku. Tak perlu dia bertanya, kerana dia sedia maklum apa yang aku rasa ketika ini.

Pukul 2.30 petang - Telefon handset ku berdering

"Sayang, kita kena balik kampung sekarang. Abah call, katanya Umi tenat.. mungkin juga naz.." Terhenti suaranya disitu.

"Abang! jangan cakap macam tu.. insyallah Umi will be ok" aku sendiri tak pasti dengan kata-kataku. Yang pasti aku tak mahu dan tak bersedia mendengar berita seburuk itu.

"Abang datang sekarang ambil Na. Dalam setengah jam abang sampai."

"OK, Abang take care. Drive carefully."

5.40 ptg

Kami bergegas ke ward umi ditahan 13 hari yang lalu. Masih mencari disitu walhal kami telah dimaklumkan oleh Abah yang Umi di hantar ke ICU. Mungkin kami berharap segala kerumitan dan kegawatan telah kembali normal dan Umi telah dapat distabilkan seterusnya dihantar semula ke ward biasa.

Langkah kakiku laju mendahului suami menuju ke bilik rawatan kebakaran dihujung ward 1B itu. Langkahku terhenti bila dipanggil oleh seseorang..

"Dik, Umi kat ICU. Masih disana.." Beritahu kakak yang kukenali semenjak Umi ditahan di wad ini. Anak nya juga senasib dengan Umi kulit melecur. Cuma beza pada sebab2 melecur. Umi disambar api gas pada 1 Syawal 1426 sedangkan anak kakak itu (aku terlupakan namanya) tergelincir ditepi kuali panas lantar disimbahi minyak yang masih menggelegak. Subhanallah!

Kami berdua bergegas ke wad ICU. Dari luar kaca bilik ICU itu kulihat Abah berdiri disebelah Umi yang terlantar lemah. Sebentar kemudian Abah keluar kami bersalaman. Suamiku bertanyakan keadaan Umi sebelum dia sendiri mengambil giliran melawat Umi. Abah hanya menjawab lemah.." Hanya Allah dapat membantunya.." Berderai airmataku sejerus itu juga. Suamiku bergegas masuk bilik kaca itu setelah membasuh tangan atas arahan doktor yang bertugas. Aku sendiri tak sabar menunggu giliran untuk melawat Umi lantas aku berdiri dicermin kaca yang paling hampir untukku melihat wajah Umi. Ya Allahhhh! itu dia wajah Umi yang kucinta! Umi terlantar lemah dan kulihat hanya matanya yang bergerak-gerak. Airmata tuanya mengalir lesu ditepi kelopak matanya. Kukira dia berusaha sedaya upaya ingin memberitahu dia sedar yang anak-anaknya sedang melawatnya. Aku berpaling dengan tangis yang tertahan. Aku ingin meraung sebenarnya! Tapi kewarasan ku dapat mengawal emosiku. Kutoleh kembali memandang wajah lemah Umi sambil berdoa kehadrat Illahi semoga panjangkan umur Umi. Seketika kemudian suamiku mula meninggalkan katil Umi dan aku telah bersiap sedia untuk mengadap Umi tapi tiba2 seorang doktor bergegas masuk dan lantas menarik tirai dan meminta aku menunggu diluar. Dadaku begitu berdebar-debar melihat situasi itu. Tiada pilihan lain kami menunggu diluar.

15 minit berlalu..

"Mana anak2anak dia?" Seorang doktor bertanya kepadaku..

"Saya anaknya" Kataku

"Mana Zaim? tanya seorang doktor lain pula.

"Kami disini.."

"Come Zaim.. your mother is dying.." Dokto Azian memberitahu. Dia isteri kepada kenalan suamiku.

Ya Allahhh... serentak itu kami sama-sama berkejaran ke katil umi. Seorang doktor lain sedang menekan dada Umi untuk mengepam oksigen. Nafas Umi tertarik-tarik. Jelas, Umi sedang nazak.. Suamiku berdiri disebelah telinga kiri Umi tak henti-henti meminta Umi menyebut Allah. Kami juga sama-sama menyeru Allah! Allah! Allah! dengan harapan Umi sentisa mengingati Allah pada saat-saat akhir ini. Doktor masih lagi bertungkus lumus cuba menyelamatkan umi.

"Wi.. aku maafkan kau wi! Kau tak ada dosa dengan aku wi. Aku dah ampunkan kau wi. Kau tak pernah berdosa dnegan aku wi..!!" Suara Abah melirih melepaskan umi pergi. Wi atau Dewi nama panggilan manja Abah untuk Umi. Aku tahu abah tak mahu rohnya sukar keluar hanya kerana dosanya kepada suami. Mulianya hati abah. Sekelian yang ada menangis. Rapuhnya hati manusia pada ujian Allah yang satu ini. Perpisahan yang telah dijanjikan.

"Wi maafkan anank-anak kita wi.. Maafkan Zaim wi.. maafkan Wa.. anak-anak pun dah maafkan kau wi." Runtuh hatiku mendengar kata-kata abah. Tanganku memegang tangan umi erat sambil menyebut Allah berulang kali.

Kulihat doktor masih menekan-nekan dada umi. Saat itu aku yakin umi telah tiada. Kupandang monitor yang menunjuk tanda pernafasan umi. Mendatar.

Setelah 15 minit doktor berhenti melakukan bantuan CPR. Doktor Azian merapati suamiku dan memberitahu yang Umi telah tiada jam 6.40 petang, 15 November 2005 bersamaan 13 Syawal 1426. Aku hampir meraung! Tak.. tidak.. aku tak mahu meraung. Tak mahu roh Umi melihat aku begitu.

Seorang demi seorang keluar dari bilik tersebut dan kini tinggal aku dan suami menunggu sambil Pakcik Md Isa menguruskan urusan van jenazah dan sebagainya. Sekali lagi aku merenung wajah tenang umi. Sungguh tenang. Alhamdulillah, Umi pergi dengan aman. Allah sayangkan dia. Kucium dahi umi yang sejuk itu. Lama. Kumohon keampunan dan ku berikan kemaafan pada nya.

Sucinya wajah seorang Umi yang melahirkan seorang anak yang terbukti seorang anak yang beriman, anak yang baik. Aku bersyukur takdir hidupku ditemukan dan dijodohkan dengan suami ku ini.. Aku tahu aku selamat dalam dakapannya, aku tahu aku kan bahagia selamanya dengannya.. kerana dia anak Umi - Hajjah Fatimah Binti Haji Daud.



Al-Fatihah.