Setahun Berkasih.. Cinta Laila-Majnun

Abang,
Tiada madah indah seindah ukiran cintamu dihatiku..
Sayang Abadi,
Nina
Setahun Berkasih
Saat kau lafaz kata cinta
Tersekat nafasku meronta tak percaya
Seakan terhenti putaran dunia
Mabuk diamuk gelora asmara
Desiran suaramu
Mengasikkan
Aku jadi biru
Tiap kali kau bisu
Angin, teruslah menderu
Bawa dia kepadaku
Menjangkau Aniversari pertama
Aku masih lagi mabuk cinta
bagai merpati jinak
Tiada lagi bertebaran
Merayu cinta dijalanan
Bahagia kini dalam dakapan
Setahun sentiasa dibelai manja
Dalam sangkar mahligai idaman
Kurayu kasihmu
Kuseru cintamu
Kulayu tanpamu
Kakukanlah kakimu dihatiku
Aku mahu kau tetap disitu
Suamiku, kaulah kekasihku!